Aku makin gemok, dan semua kenalan sedar akannya. Itu aku tak kesah sangat sebab aku penah fikir gemok adalah perkara yang positif. Tapi baik jangan try. Bila BMI dah mencecah tahap overweight, baru la tau susah sebenarnya nak potong kuku kaki, nak pakai stokin, nak pakai kasut, nak gosok kaki dengan sabun masa mandi.
Bila bersukan dengan tubuh baru. Baru aku rasa macamana perasaan orang mengandung buat pertama kali. Penat nak berjalan, nak bawa zuriat ke hulu hilir. Walaupun dia (ibu mengandung) masih belom pasti apa yang terjadi pada zuriat dia dlm masa 10 tahun akan datang tak pon dalam masa 50 tahun akan datang ataupun dia (si ibu mengandung ni) akan buang terus zuriat dia selepas beranak (lari topik. tapi tak apa sikit je). Tapi aku masih boleh berlari walapon aku rasa macam ada 2 3 orang budak bergantung kat perot aku. Aku masih boleh melompat walapom aku sering kali mengelecot.
Bila tubuh dah macam ni. Baru la tau peluh ni menyusahkan. Jalan jauh sikit dah keluar peluh. Badan bertukar bau sebelum sempat sampai ke destinasi. Pakai baju 2 3 lapis untuk majlis rasmi pon tak selesa. Basah. Kalau dah badan macam ni pakai la perfume. Dia boleh jadi kawan baik untuk badan.
Perkara yang pasti bila BMI melepasi tahap overweight dan di-upgrade kepada level obesiti, aku, ko, kita semua makin cute. Kalau nak cute pastikan BMI melepasi tahap overweight tapi kena lalui tiga perkara di atas. Aku jamin anda akan akan cute macam
izzul azri.
Dan tahap kekiutan akan bertambah semasa dapat ni :
.
.
(masa ni aku dah buka jubah sebab tu nampak serabai)
.
.
ini
.
.
.
.
dan ini
.
.
(cukup bergaya)